Sejarah versi Bas Bersiri Sejagat

USB

  • USB 1.0 FDR: Dilancarkan pada November 1995, pada tahun yang sama Apple menggunakan piawaian IEEE 1394 dikenali sebagai FireWire.
  • USB 1.0 (Full-Speed USB): Dilancarkan pada Januari 1996.
  • USB 2.0 (Hi-Speed USB): Dilancarkan pada April 2000. Ciri-ciri utama piwaian ini adalah tambahan mod kelajuan tinggi. Ini adalah revisi terkini.
  • USB 2.0 (Hi-Speed USB): Diperbaharui pada Disember 2002. Tambahan tiga tahap perbezaan kelajuan pada piawaian ini, membolehkan semua alatan menjadi serasian USB 2.0 walaupun sebelumnya ia hanya dianggap serasian 1.1 atau 1.0. Ini membolehkan serasian kebelakang jelas, sungguhpun sukar membezakan daya pemprosesan peranti tanpa melihat pada simbolnya. Sebagai contoh, satu port mungkin tidak serasi mod pindahan data halaju-tinggi USB 2.0 tetapi masih boleh mendakwa ia serasian USB 2.0 (kerana ia menyokong sesetengah USB 2.0).
  • USB 3.0: Dipanggil SuperSpeed USB, dilancarkan pada penghujung tahun 2009. Secara kasarnya, sistem ini akan menghantar 10 kali lebih pantas dari USB 2.0, mengunakan kuasa rendah dan protokol yang lebih efisen. Ia juga dicipta untuk serasi dengan USB versi lama, supaya pengguna peralatan USB versi lama tidak perlu membeli peralatan baru yang menyokong versi USB baru.

Tambahan USB On-The-Go

  • Tambahan USB On-The-Go 1.0a: Dilancarkan pada June 2003, ini ialah pindaan terkini.